Sabtu, 8 Jun 2013

STILL IN LOVE. . . . (PART 4)



  Angin malam mendinginkan suasana malam. Malam masih muda. Kenderaan masih lagi banyak di lebuh raya utama Seoul. Malam-malam begini seronok melihat permandangan malam bandar Seoul dari tingkat tinggi. Lampu-lampu yang menyinari dari bangunan-bangunan menambahkan lagi keceriaan suasana malam. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Hyuna petang tadi. Ah, ini yang aku tak mahu bila terlibat dalam kes cinta. Hidup aku jadi tidak tenteram.
  “Hei, Eun Ji! Kau jangan cuba menggoda Min Hyuk! Kau jangan ingat kau akan mudah dapatkan Min Hyuk dari aku. Kalau aku tak dapat dia, kau pun sama. Ingat, aku yang pertama hadir dalam hidup dia. Jangan pandai-pandai nak mendekati dia. Faham?!! Ini amaran terakhir aku. Kalau aku nampak kau mesra lagi dengan Min Hyuk, nahas kau,”kata Hyuna dengan nada keras. Aku peduli apa. Bukan aku yang mendekati Min Hyuk, tetapi Min Hyuk yang cari aku. Buta ke apa melihat keadaan sekeliling. Haisy, dasyat betul bila ada kaitan dengan cinta. Huru-hara jadinya dunia kerana cinta.
   Bunyi loceng rumah menghentikan lamunan aku. Bomi pula, bukan reti nak buka pintu malah

STILL IN LOVE. . . . (PART 3)

[1] < [2] <---- back to

 "Wei, cam ne holiday kau?? Best tak?? Cam ne MinHyuk-ssi masa kat sana? Romantik tak?? Mesti korang bergurau senda kan,kan,kan?? Wah, romantiknya. Kau buat aku cemburu tau. Dia dah declare ke? Jung EunJi, saya sebenarnya nak awak jadi girlfriend saya. Lepas tu kan mesti korang. . .aww,aww,aww, romantiknya. . . .auchh!! sakitla. . .kau ni pehal pukul-pukul orang,"marah Bomi setelah aku memukulnya dengan kertas.

   "Kau ni pehal pukul-pukul orang!! Kau ni Bomi, suka sangat fikir benda jauh-jauh dan bukan-bukan. Tukar warna otak yang blue tu jadi warna lain,"kataku.

   "Alah, aku cakap benda yang betulkan? Kalau tak, buat apa dia nak ajak kau bercuti jika hanya semata-mata  hal kerja. Eh,tak ada orang lelaki ajak perempuan pergi bercuti kalau dia tak suka. Ramai lagi staff lelaki masa tu kan? Kenapa dia pilih kau. Mesti ada sebab. Aku tengok kau pun sekarang jarang dah kongsi cerita dengan aku semenjak kau balik dengan Minhyuk-ssi,"kata Bomi.

  "Bomi, aku minta maaf sebab jarang spent time dengan kau. Bukannya salah aku. Tapi

Khamis, 31 Mei 2012

STILL IN LOVE. . . . (PART 2)

part [1] <----- back to
      "Yang awak takut sangat ni kenapa? Biarkanlah apa diaorang nak cakap. Bukannya awak minta duit dorang nak pergi Pulau Jeju. Awak guna duit saya nak pergi. Saya ketua, suka hati sayalah siapa saya nak ajak. Saya nak ajak burung helang sekalipun, dorang tak boleh masuk campur hal saya. Faham tak Jung Eun Ji-ssi?? Lepas ni saya nak awak temankan saya pergi beli barang keperluan untuk ke sana. Tiada bantahan,"arah MinHyuk. Aku mengerut dahi dengan perangai MinHyuk yang semakin pelik. Aku banyak hal nak buat. Senang-senang dia je menyuruh aku buat itu buat ini yang lain dari urusan aku. Pembantu dia tu buat apa. Makan gaji buta.

   "Ni nape masam muka.

Selasa, 29 Mei 2012

STILL IN LOVE. . . . (PART 1)

                               TIDAK AKU MENDUGA. . . .

   Pernahkah kau tahu betapa setianya aku padamu. . . Sudah bertahun lama kau pergi meninggalkan aku. . . Kesedihanmu juga kesedihanku. . . Kegembiraanmu juga kegembiraanku. . . itu yang pernah aku katakan dulu padamu. . .  Tiada siapa yang mampu menggantikanmu dalam hidupku. . .  Itulah janjiku. . .

   Setiap detik waktu terus berlalu. Pantas sungguh masa berlalu. . . Zaman sekolah dah lama pergi meninggalkan aku. Begitu juga zaman universiti. . . "Arghh!!!"aku merenggangkan tubuhku. Berjam-jam sudah aku duduk di atas kerusi yang empuk. Rasa dah kebas habis badanku. Mataku sudah berair kerana asyik menatap desktop dari pagi tadi. Kerja aku masih lagi bertimbun-timbun. . . Entah bilalah akan siapnya. . . Kadang-kadang aku rasa dah jemu dengan kerja aku. Kalau tak ke tapak projek, menghadap desktop menyiapkan projek. Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Hanya tinggal 2,3 orang sahaja lagi pekerja yang ada dalam pejabat menyiapkan proposal untuk dibentangkan pada client esok hari. Aku merenung ke arah bilik penolong ketua arkitek. Lampu biliknya masih lagi menyala. Rajin betul aku melihat ketua aku tu. Selalu pulang lambat. . .

Satu jam sudah berlalu. . . . . .

Jumaat, 11 Mei 2012

UNTIL YOU RETURN....


. . . .  "Huh. . . .",aku mengeluh menunggu Jong Hoon kembali. Taman ini terus sunyi. . .Tiada lagi gelak ketawa antara aku dan dia. Sepuluh tahun aku menunggunya. Dengar berita dia dah mati dalam nahas kapal terbang di Tokyo 10 tahun yang lalu. . . . Tapi,hati aku kuat mengatakan Jonghoon  masih lagi hidup. Sedang asyik merenung pokok ceri yang
sudah membesar,tetiba aku nampak kelibat seseorang disebalik pokok itu. Lastas aku bangun menghampiri pokok tersebut. Belum sempat aku sampai,Seung Hyun datang menyergah aku dari belakang.

         "Ji Eun! Apa yang awak buat tu??,"sergah Seung Hyun sambil ketawa.
         "Opocot, Hyun!! Janganlah buat macam tu. Terkejut Ji Eun tau. Kalau Ji Eun pengsan nanti siapa yang nak angkat,"marahku.
         "Song Seung Hyun kan ada,"jawabnya selamba dengan ketawa kecil melihat muka aku pucat kerana disergah tadi.
         "Apa-apa je la Hyun oi!!,"balasku. . .
         "Ji Eun, jom balik. Hari pun dah senja. Tak baik duk kat luar senja-senja macam ni. Lagipun, nanti bising la pulak si Jae Jin hyung kita balik lambat,"kata Seung Hyun. Aku dah masak dengan perangai