"Wei, cam ne holiday kau?? Best tak?? Cam ne MinHyuk-ssi masa
kat sana? Romantik tak?? Mesti korang bergurau senda kan,kan,kan?? Wah,
romantiknya. Kau buat aku cemburu tau. Dia dah declare ke? Jung EunJi, saya
sebenarnya nak awak jadi girlfriend saya. Lepas tu kan mesti korang. .
.aww,aww,aww, romantiknya. . . .auchh!! sakitla. . .kau ni pehal pukul-pukul
orang,"marah Bomi setelah aku memukulnya dengan kertas.
"Kau ni pehal
pukul-pukul orang!! Kau ni Bomi, suka sangat fikir benda jauh-jauh dan
bukan-bukan. Tukar warna otak yang blue tu jadi warna lain,"kataku.
"Alah, aku cakap
benda yang betulkan? Kalau tak, buat apa dia nak ajak kau bercuti jika hanya
semata-mata hal kerja. Eh,tak ada orang lelaki ajak perempuan pergi
bercuti kalau dia tak suka. Ramai lagi staff lelaki masa tu kan? Kenapa dia
pilih kau. Mesti ada sebab. Aku tengok kau pun sekarang jarang dah kongsi
cerita dengan aku semenjak kau balik dengan Minhyuk-ssi,"kata Bomi.
"Bomi, aku minta maaf
sebab jarang spent time dengan kau. Bukannya salah aku. Tapi
salah kau juga. Yang kau gatal suruh aku balik dengan dia tu apasal? Bila macam ni cakapla kawan lupa kawan. Dia yang buat hal kita juga yang kena,"aku melenting.
salah kau juga. Yang kau gatal suruh aku balik dengan dia tu apasal? Bila macam ni cakapla kawan lupa kawan. Dia yang buat hal kita juga yang kena,"aku melenting.
"EunJi, sorry! Aku tahu
aku salah. Maksud aku kau diam je lepas cuti hari tu. Biasanya, kau kongsi juga
dengan aku cerita,"perlahan suara Bomi bercakap selepas kena tengking.
"Bukan aku tak nak
cerita tapi masa tak sesuai,"kataku. "Ehem,ehem. Seronok nampaknya
bergosip. Yang awak ni, haritu sibuk sangat nak balik sebab banyak kerja nak
siapkan. Bila balik, bergosip pula. Dah, ni kertas kerja haritu. Siapkan
sekarang. Tengah hari nanti 50% mesti siap,"kata MinHyuk lalu
menghempaskan kertas di atas mejaku. Sesuka hati dia je nak marah-marah. Macam
perempuan tak tentu emosi. Sekejap ok sekejap k.o. Tak lama kemudian, dia
berpatah balik. "Sayang, malam ni sama-sama okay. Saya jemput awak.
Jam 8 malam,"katanya berbisik di telingaku. Meremang bulu roma aku
mendengar suaranya di tepi telingaku.
================================
Tingtong!!! Loceng
rumahku berbunyi. Itu menandakan mamat sengal tu dah datang. Aku cepat-cepat
membuka pintu. Bukan excited ke apa. Tapi takut kena marah. Malam tu aku
mengenakan dress berwarna ungu lembut dan rambut aku biarkan terurai dan
selitkan dengan penyepit rambut yang kecil agar kelihatan kemas. Ini semua
kerja si Bomi. Kalau harapkan aku,memang keluar bodoh je. Malas nak make-up.
"Hi!,"sapa
MinHyuk. Pendek je? Selalu panjang lebarnya menegur. Aku segera
mengunci pintu lalu bersama-sama turun ke parkir. Malam tu kami berasa kekok. Dia hanya diam. Hanya jelingannya sahaja. Kebiasaanya, dia banyak mulut berbicara. Aku lagilah suka mendiamkan diri daripada bercakap. Memang itu sifat aku. Ditambah lagi malam itu, hatiku benar-benar berdegup kencang. Lebih kencang dari tahap normal. Mungkin ini kali pertama aku keluar dengan dia cara begini. Malam itu juga dia nampak lebih hensem berbanding hari biasa. Semakin aku pandang dia, semakin cepat jantungku berdegup. Adakah aku sudah jatuh hati padanya. Ah,ini tak mungkin terjadi. Tidak lama kemudian, kami tiba di sebuah restoran mewah. Kami masuk bersama-sama dan di situ sudah ada pelayan yang sudah menunggu kami untuk menunjukkan tempat kami. Ah,ni ke orang panggil candle light dinner? Ye lah orang tak biasa benda-benda macam ni. Tahu balik makan kat rumah.

"Cantik malam
ni,"puji MinHyuk.
"Huh? Haah,
cantiklah restoran ni,"aku saja buat-buat tak faham.
"Bukan restoran
ni la. Saya cakap awak cantik malam ni. Tak pernah saya tengok awak pakai macam
ni. Rambut awak beralun rupanya.Kalau awak pakai macam ni setiap hari ke
pejabat, tenang saya rasanya,"pujinya lagi.
"Saya ke? Terima
kasih la. Terima kasih kat Bomi sebab dia saya pakai macam ni. Saya mana pandai
nak berstytle. Rambut ni saya buat la. Bukan natural. Malulah saya nak
pakai macam ni ke pejabat lagipun tak sesuai dengan saya yang suka check tapak
projek,"jawabku.
"Ye tak ye jugak.
Biar la rambut tak natural asalkan awak natural,"pujinya bertambah lagi.
"Isy,dah la puji
saya lebih-lebih nanti tak pasal-pasal angkat bakul sendiri. Bukan boleh bawa
pun bakul,"kataku selamba. Dia hanya senyum. Memang tak lawak pun. Selesai
sahaja makan, MinHyuk membawa aku ke pantai. Dia kata ada something nak tunjuk
kat pantai. Aku ikut sahaja kehendak dia.
"Tenang?,"tanya MinHyuk.
"Huh? Errr. . .
Malam-malam mana nampak laut. Tak ada feel,"kataku selamba badak.
"Saya tak suka
datang pantai pada waktu petang. Panas. Lagipun mata saya tak tahan dengan
silau matahari,"jelasnya. "Ye ke? Kalau saya suka datang waktu
pagi sebab sangat damai masa tu. Tak ada orang. Lagipun, bahaya malam-malam duk
kat pantai kalau berdua. Macam-macam boleh terjadi,"kataku.
====================================================
“Aku tak nak ia berulang lagi dalam hidup
aku Bomi. Aku takut untuk jatuh cinta lagi. Aku takut. Cukuplah sekali ia sudah
buat aku merana,”kataku.
“Eun Ji, itu semua ada hikmahnya. Setiap
orang akan belajar dari kesilapan. Kau pun tak terlepas daripada melakukan
kesilapan. Eun Ji, ini satu peluang tau. Umur kau pun dah meningkat. Takkan kau
nak macam ni selamanya. Aku tahu dalam hati kau mesti ada juga sedikit perasaan
untuk disayangi. Percayalah, Min Hyuk-ssi takkan main-main. Kau tengok sendiri,
dia sanggup buat apa sahaja asalkan kau sentiasa ada disisi dia. Lagipun, kau
kenalkan perangai dia. Dia tidak akan merubah satu pun keputusan bila dia dah
lakukan,”nasihat Bomi.
go to----> [4]
go to----> [4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan