Angin
malam mendinginkan suasana malam. Malam masih muda. Kenderaan masih lagi banyak
di lebuh raya utama Seoul. Malam-malam begini seronok melihat permandangan
malam bandar Seoul dari tingkat tinggi. Lampu-lampu yang menyinari dari
bangunan-bangunan menambahkan lagi keceriaan suasana malam. Terngiang-ngiang
lagi kata-kata Hyuna petang tadi. Ah, ini yang aku tak mahu bila terlibat dalam
kes cinta. Hidup aku jadi tidak tenteram.
“Hei, Eun Ji! Kau jangan cuba menggoda Min
Hyuk! Kau jangan ingat kau akan mudah dapatkan Min Hyuk dari aku. Kalau aku tak
dapat dia, kau pun sama. Ingat, aku yang pertama hadir dalam hidup dia. Jangan
pandai-pandai nak mendekati dia. Faham?!! Ini amaran terakhir aku. Kalau aku nampak
kau mesra lagi dengan Min Hyuk, nahas kau,”kata Hyuna dengan nada keras. Aku
peduli apa. Bukan aku yang mendekati Min Hyuk, tetapi Min Hyuk yang cari aku.
Buta ke apa melihat keadaan sekeliling. Haisy, dasyat betul bila ada kaitan
dengan cinta. Huru-hara jadinya dunia kerana cinta.
Bunyi loceng rumah menghentikan lamunan aku.
Bomi pula, bukan reti nak buka pintu malah
menjerit-jerit menyuruh aku. Bertalu-talu loceng ditekan. Aku melihat di papan skrin yang menunjukkan siapa yang datang. Ah, Kang Min Hyuk lagi. Kenapa di saat aku mencari ketenangan, mesti wujudnya lelaki ini. Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai dia setelah aku menolak lamaran dia. Serba salah nak buka. Mendengar bingitan jeritan Bomi, aku buka jua.
menjerit-jerit menyuruh aku. Bertalu-talu loceng ditekan. Aku melihat di papan skrin yang menunjukkan siapa yang datang. Ah, Kang Min Hyuk lagi. Kenapa di saat aku mencari ketenangan, mesti wujudnya lelaki ini. Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai dia setelah aku menolak lamaran dia. Serba salah nak buka. Mendengar bingitan jeritan Bomi, aku buka jua.
“Hai,selamat malam Eun Ji!,”sapa Min Hyuk
terlebih dahulu.
“Selamat malam, Min Hyuk! Ada apa datang
malam-malam begini?,”jawabku mesra.
“Ni, ada sedikit makanan yang saya masak.
Tadi, mak saya datang. So, banyak makanan tak habis. Daripada membazir, lebih
baik saya bagi kat jiran,”katanya lembut.
“Terima kasih banyak-banyak kerana sudi
hantar makanan. Ermm...,”aku tiada kata-kata nak di cakapkan. Tetiba sahaja aku
merasa malu menatap wajahnya.
“Saya pulang dulu ya Eun Ji. Ermm, esok awak free tak?,”tanya Min Hyuk.
“Saya pulang dulu ya Eun Ji. Ermm, esok awak free tak?,”tanya Min Hyuk.
“Esok, tak tahu lagi. Kalau saya nak keluar,
saya keluarlah. Tak da perancangan. Ikut mood. Kenapa?,”tanyaku balik.
“Saya ingat nak ajak awak jalan-jalan esok
dan teman saya cari barang dapur sikit. Saya perlukan bantuan awak,”katanya
tersipu malu.
“Kenapa ajak saya? Kenapa tak ajak Hyuna-ssi
keluar hujung minggu? Kenapa perlu bantuan saya?,”tanyaku selamba badak.
“Suka hati sayalah nak ajak siapa pun. Hak
saya. Tak ada orang boleh halang keputusan saya. Ikut mood,”katanya dengan
meniru ayatku semula.
“Copy and paste betul,”kataku perlahan. Dia
hanya tersenyum.
“So, esok jadilah ye outing dengan saya.
Pukul 9 pagi. Ini arahan. Okay,”katanya lalu pergi.
Dia
memang suka menggunakan ayat “Ini arahan”, “suka hati sayalah nak ajak siapa
pun”, “tak ada orang boleh halang keputusan saya”, “peduli apa orang nak
cakap”. Ah, tak ada ke trademark lain selain ayat yang menyakitkan hati.
===============================================
Lotte World. Aku dah agak dia akan datang
ke sini. Tempat ni memang terkenal dengan taman hiburan untuk keluarga dan juga
pasangan yang bercinta berkunjung pada hujung minggu. Selain dikenali sebagai
taman hiburan, tempat ini juga ada pusat membeli-belah.
“Tak
ada tempat lain ke selain tempat ni awak nak pergi. Zoo ke taman bunga
ke,”kataku selamba.
“Suka
hati sayalah nak pergi mana. Saya yang nak jalan-jalan,”balasnya.
“Suka ikut kepala dia je. Suka hati dia nak
pergi mana. Kalau macam tu jalanlah sorang-sorang. Tak yah la ajak orang.
Menyusahkan betul,”tengkingku. Min Hyuk terus menerkup mulutku dari arah
belakang membuatkan aku terkejut. Aku fikir aku diculik. Buat orang takut je.
“Awak diam boleh tak. Dari tadi saya dengar
awak potpetpotpet. Kalau sekali lagi awak buka mulut, saya cium awak,”bisiknya.
Aku berpaling ke arahnya. Min Hyuk hanya tersenyum. Kata-katanya membuat aku
terdiam. Tanpa berlengah, dia terus menarik tanganku dan aku hanya mengikut
sahaja kehendak dia. Part yang menyakitkan hati bila dia ajak pergi ke rumah
hantu. Aku memang tak suka jejakkan kaki ke tempat seperti itu kerana boleh buat aku demam berhari-hari. Aku ni
lemah semangat pergi tempat seperti itu. Berkali-kali aku cakap aku tak nak
pergi tapi dia tetap degil.
“Kalau awak takut, peluk saya dari belakang
okay?,”kata Min Hyuk.
“Eeee....tolonglah. Saya bukan jenis
peluk-peluk orang. Tambah-tambah lagi dengan awak,”kataku berlagak.
“Okay, saya tak kisah. Kalau awak hilang
dalam tu jangan pula menangis lepas ni,”balasnya.
“Okay,fine!,”kataku angkuh lalu melangkah
masuk ke dalam rumah hantu dengan angkuhnya. Hah, ambik kau. Berlagak sangat
kan. Terimalah padahnya. Ketika aku disergah oleh ‘hantu’, tanpa disedari aku
menjerit dan terus memeluk Min Hyuk kerana terkejut. Dia hanya gelak melihat
gelagat aku memeluk dia. Ini yang dia nakkan selama ni. Haisy!! Tension jadinya.
Setelah keluar dari rumah hantu, dia memandang wajahku. Ah, malunya... Aku baru
je lepas menangis menderita masuk ke dalam rumah ngeri tu.
“Macam budak kecikla awak ni. Tak matured
langsung,”perlinya.
“Yah! Awak yang buat saya tak matured,”tengkingku
lagi terhadapnya.
“Tu lah, sape suruh berlagak lagi. Dah tahu
diri tu tak kuat, janganlah lawan apa orang cakap. Ikut sahaja bila orang
suruh. Berlagak matured,”balasnya balik.
“Sudahlah! Malas saya nak bergaduh dengan
awak kat sini. Tambah malu je,”kataku.
“Tahu pun malu. Dah jom ikut saya naik magnum
pula,”katanya.
“What??!! Magnum? Awak dah gila ke?
Awak nak suruh saya mati ke hari ni? Peliklah awak ni!,”rungutku.
“Saya pelik? Awak yang peliknya tak nak
naik benda tu. Relax la. Saya kan ada.Pegang tangan saya bila awak
takut. Saya nak awak gembira je. Tak naklah saya tengok awak murung je setiap
masa,”katanya.
“Awak yang gembira hari ni. Bukannya saya!,”balasku
dengan nada yang tinggi.
“Okay, kalau macam tu, kita pergi main ice
skating,”cadangnya.
“Saya mana pandai main benda alah tu.
Haisy, semua benda dia ajak masuk orang tak pandai,”rungutku.
“Haisy, awak ni! Saya ajarlah awak main.
Peliklah dia ni. Dah, jangan banyak cakap,”katanya lalu menarik tanganku
mengikutnya.
Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi
tentang perangai dia. Kadang-kadang macam lelaki sejati dan kadang-kadang macam
budak-budak 5 tahun. Tapi dia memang menunaikan janji. Dia bersungguh mengajar
aku ice skating. Aku tak faham kenapa dia perlu lakukan semua itu tanpa
jemu. Melayanku seperti budak-budak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan