Khamis, 31 Mei 2012

STILL IN LOVE. . . . (PART 2)

part [1] <----- back to
      "Yang awak takut sangat ni kenapa? Biarkanlah apa diaorang nak cakap. Bukannya awak minta duit dorang nak pergi Pulau Jeju. Awak guna duit saya nak pergi. Saya ketua, suka hati sayalah siapa saya nak ajak. Saya nak ajak burung helang sekalipun, dorang tak boleh masuk campur hal saya. Faham tak Jung Eun Ji-ssi?? Lepas ni saya nak awak temankan saya pergi beli barang keperluan untuk ke sana. Tiada bantahan,"arah MinHyuk. Aku mengerut dahi dengan perangai MinHyuk yang semakin pelik. Aku banyak hal nak buat. Senang-senang dia je menyuruh aku buat itu buat ini yang lain dari urusan aku. Pembantu dia tu buat apa. Makan gaji buta.

   "Ni nape masam muka.
Takkan gi jumpa MinHyuk-ssi nak masam lagi,"usik Bomi.
   "Kau diamlah! Haisyyy!!! Serabut betul kepala aku ni. MinHyuk bongok!!,"marahku.
         
               =================================================
   Petang itu, MinHyuk sudah sedia menunggu aku di depan pintu pejabat. Memang tak ada harapan nak larikan diri. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri. Aku buat-buat tak nampak masa lalu di hadapan dia. Aku buat-buat sibuk bercakap dengan Bomi.
   "Kau ni pehal berkepit dengan aku? Rimas tau. Tak pernah kau buat macam ni,"rungut Bomi.
   "Ala. . . Biarlah aku nak bermanja-manja dengan kau. Bila lagi. . . Lama dah aku tak
berkepit dengan kau. Kita pergi shopping nak hari ni,"nyataku.
   "Tsskkk. . . . Kau pun pelik juga sama dengan MinHyuk-ssi. Patutla kalau korang bercouple,"kata Bomi sambil ketawa. Aku memcebikkan muka.

   "EunJi-ssi!,"panggil  MinHyuk. Aku mengeluh.
   "Oh, MinHyuk-ssi! Nak balik dengan EunJi?,"tanya Bomi.
   "Hai,Bomi-ssi! Yup saya nak balik dengan EunJi. Boleh saya pinjam?,"kata MinHyuk.
   "Boleh-boleh. Ambilla. Tak payah pinjam. EunJi dah lama tunggu MinHyukk-ssi. Okay, bye,"balas Bomi lalu berlari pergi meninggalkan aku di situ. Kawan tak bertanggungjawab. Aku menundukkan kepala menahan marah. Kalau tak fikir MinHyuk tu siapa, rasa nak belasah je. Hidup aku dah tak tenteram macam dulu lagi.
   "Jom!!,"ajak MinHyuk. Aku tak berganjak. Malas rasanya nak ikut semua arahan dia.
   "EunJi, awak nak saya cium awak kat sini ke? Kalau awak nak saya tak kisah pun,"kata-kata MinHyuk buat aku terlopong. Aku diam membeku. MinHyuk mendekati aku. Aku tahu tindakan dia. Apabila dia kata dia akan buat. Dia tak main-main bila dia dah kata. Aku bergerak sedikit ke belakang.
   "Sudah lah, MinHyuk-ssi. Jangan buat macam tu. Tak elok!,"tegurku.
   "Boleh bercakap rupanya. Ingatkan bisu,"selamba MinHyuk.

   Petang berlalu dengan pantas sekali. Petang itu, masa aku dihabiskan bersama MinHyuk. Melayan semua karenah dia. Pada awalnya, aku bosan mengikutnya ke hulu ke hilir. Dengar dia bercakap. Tapi, setelah berjam lamanya, aku rasa gembira pula melihat keletah dia yang suka berjenaka. MinHyuk tidaklah sombong dan kepala angin seperti mana yang didesas-desuskan rakan rapat sepejabatku. Aku pernah dengar yang dia pernah date sekali dengan pembantu dia. Orang cakap dia memang tak ada feel langsung. Mereka hanya pergi keluar makan dan balik. Masa tu memang diorang bercinta. Memang dingin sangat perangai dia. Tidak ada humour antara mereka. Hubungan mereka serious gila-gila. Tiap-tiap hari mereka bertengkar. Akhirnya mereka putus. Bermula pada saat itu, ramai gadis mencuba nasib. Aku tak la macam dorang. Aku suka tapi aku pendamkan jelah. Lagipun aku takut dengan sikap dingin dia. Tapi,bila aku keluar dengan dia, tak ada pula perangai tu. Aku pun pelik. Nasib aku kot. . . hehe
               ===========================================
   Lawatan kerja ke Pulau Jeju selama 5 hari telah berakhir. Rasa penat gila bila berjalan-jalan melihat kawasan yang akan dibangunkan itu. Luas gila. Aku terkejut beruk melihatnya. Nampaknya, besar lagilah aku punya kerja. Gayanya pulang lambatlah aku tiap-tiap hari lepas ni. Sebelum pulang bekerja,boleh la aku ambil angin sekejap menenangkan fikiran. Damai. Ada beberapa jam sahaja lagi aku kena pulang ke Bucheon. Kertas kerja sedang menunggu.
   Semua members team sudah berkumpul di lobi hotel untuk bersiap pulang. Tak lama kemudian muncul si mamat sengal untuk memberi arahan.
  "EunJi-ssi,saya nak awak stay kat sini untuk beberapa hari lagi,"kata MinHyuk.
  "What??? Kenapa saya??,"tanyaku dalam keadaan keliru.
  "Ada beberapa tugas yang perlu awak kena siapkan di sini sebelum balik,"jawabnya.
  "Tapi, saya kena siapkan," "Ini arahan. Tak perlu bagi alasan kat saya. Saya tak nak dengar semua tu. Faham!,"MinHyuk meninggikan suara. Amboi, sesuka hati dia je nak marah. Semua members team tunduk diam membisu. Mereka tidak berani bercakap. "Sekarang,boleh bersurai. EunJi-ssi, ikut saya,"arah MinHyuk lalu menarik tanganku.

Aku membatukan diri semasa minum petang dengan MinHyuk. Tak ada benda yang nak dibualkan. Dalam fikiran aku hanyalah kerja. Betullah apa yang mak aku cakap. Aku ni asyik dengan kerja sehinggakan hal diri sendiri tak pernah ambil tahu. Sepupu-sepupu aku yang lain dah mendirikan rumah tangga di usia muda. Sedangkan aku, hampir mencecah 30-an, masih lagi single. Lebih baik memikirkan kerja daripada hal cinta kerana amat menyakitkan hati. Tapi, sekarang satu lagi masalah timbul bila si mamat sengal ni berhadapan dengan aku. Tak berkelip mata. Makan tenung aku, minum pun tenung aku. Apa masalahnya pun aku tak tahu.
   "Saya minta diri dulu,"kataku setelah lama keluar makan.
   "Nak pergi mana?,"tanyanya.
   "Nak pergi pantai. Ambil angin,"kataku lalu bangun meninggalkan MinHyuk yang sedang makan. Tiba-tiba, dia berlari dan memaut lenganku. "Apa yang saya cakap dulu tak main-main. Saya menunaikan kata-kata saya pada awak yang saya akan pergi bercuti bersama-sama awak. Awak tak payah nak pergi sorang-sorang. Sebab percutian ni hanya awak dan saya sahaja. Tak ada orang lain. EunJi. Masa kat sini, saya tak kan panggil awak EunJi-ssi. Tapi EunJi. Begitu juga dengan awak. Tak perlu panggil saya MinHyuk-ssi. Anggap sahaja percutian ni bukan atas dasar kerja. Sebab. . . ,"belum sempat MinHyuk habiskan kata-katanya, telefon aku berdering. Yeah, Bomi call. Terlepas juga dari MinHyuk dan aku pergi jauh-jauh dari situ. Aku nampak muka dia bengang gila bila telefon aku berbunyi. Horey!!!!

Damai sungguh rasanya permandangan pulau Jeju. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke situ. Walaupun inilah percutian yang ditaja oleh mamat sengal, aku rasa bahagia. Akanku guna dengan sebaiknya.
    "EunJi, jauh termenung,"tegur satu suara lalu merangkulku dari belakang. Aku tak dapat melarikan diri. Aku cuba sedaya upaya untuk melepaskan rangkulanya tapi semakin aku mencuba semakin erat. Ah, apakah sebenarnya ini? Aku tidak faham dengan tindakannya.
    "EunJi, apa kata kita pergi ke pantai,"ajaknya lembut. Jantungku berdegup pantas dan aku tersentap lalu dengan pantas menolak MinHyuk sehingga jatuh. Aku terus berlari meninggalkan dia. Berlari tanpa hala tuju.
    "EunJi!! Tunggu!!,"jerit MinHyuk lalu mengejar aku. Aku terus berlari. Entah kenapa aku rasa seronok pula berkejar-kejaran dengan MinHyuk. Taktik aku untuk melarikan diri bertukar menjadi permainan. Kami berlari-lari di tepi pantai dan dia cuba mendapatkan aku. Hari itu penuh dengan kebahagiaan antara aku dan
MinHyuk. 4 hari yang dilewati begitu pantas. Dalam masa 4 hari itu juga hubungan kami semakin rapat.
go to -----> part [3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan