TIDAK AKU MENDUGA. . . .
Pernahkah kau tahu betapa setianya aku padamu. . . Sudah bertahun lama kau pergi meninggalkan aku. . . Kesedihanmu juga kesedihanku. . . Kegembiraanmu juga kegembiraanku. . . itu yang pernah aku katakan dulu padamu. . . Tiada siapa yang mampu menggantikanmu dalam hidupku. . . Itulah janjiku. . .Setiap detik waktu terus berlalu. Pantas sungguh masa berlalu. . . Zaman sekolah dah lama pergi meninggalkan aku. Begitu juga zaman universiti. . . "Arghh!!!"aku merenggangkan tubuhku. Berjam-jam sudah aku duduk di atas kerusi yang empuk. Rasa dah kebas habis badanku. Mataku sudah berair kerana asyik menatap desktop dari pagi tadi. Kerja aku masih lagi bertimbun-timbun. . . Entah bilalah akan siapnya. . . Kadang-kadang aku rasa dah jemu dengan kerja aku. Kalau tak ke tapak projek, menghadap desktop menyiapkan projek. Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Hanya tinggal 2,3 orang sahaja lagi pekerja yang ada dalam pejabat menyiapkan proposal untuk dibentangkan pada client esok hari. Aku merenung ke arah bilik penolong ketua arkitek. Lampu biliknya masih lagi menyala. Rajin betul aku melihat ketua aku tu. Selalu pulang lambat. . .
Satu jam sudah berlalu. . . . . .
Akhirnya, aku mengemas meja yang berselerak dan menyusun kertas-kertas kerja supaya rapi. Tak lah esok datang dalam keadaan stress melihat meja bertaburan dengan kertas. Aku segera shut down desktop. Dengan pantas aku meninggalkan mejaku lalu berlalu keluar dari pejabat. Namun, sempat lagi aku meneropong ke arah bilik ketuaku. Yalah, siapa yang tak terpikat dengan kecomelannya. Aku yang teguh iman pun cair dengan mata kuyupnya.
"Aik, tadi rasa ada dalam bilik. Pergi mana pulakla MinHyuk-ssi??,"gerutuku sendirian
"Intai siapa Eunji?,"tegur satu suara dari belakang
"Mak aih kau jatuh tergolek-golek,eh tergolek-golek MinHyuk-ssi,"latahku. MinHyuk hanya ketawa kecil melihat gelagatku.
"Terkejut EunJi. Saja je nak tengok MinHyuk-ssi. Manalah tau nak ajak balik sekali,"lantang aku berbicara dengan MinHyuk. Entah kenapa begitu cepat mulut aku mengeluarkan kata-kata. Biasanya akulah yang paling pendiam. Sepatah MinHyuk tanya, sepatahlah aku jawab. Berpatah-patah MinHyuk tanya, sepatah jugaklah aku jawab. Malam ni, senang pula aku menjawab pertanyaannya.
"EunJi-ssi nak balik dah ke??,"tanyanya.
"Boleh tanya lagi. Takkanlah nak gi tandas pula bawa beg bagai,"getus hatiku.
"Ya, MinHyuk-ssi. Saya rasa dah tak larat nak tengok dekstop lama-lama. Mata saya dah nak terkeluar,"kataku galak.
"Eloklah tu awak balik. Saya tengok awak rajin sangat buat kerja. Kadang-kadang, sampai larut malam. Awak sepatutnya ambil cuti sekali pergi tenangkan fikiran. Saya tengok awak pun dah tak terurus. Saya risau juga kesihatan awak. Kerja-kerja juga, kesihatan kenalah jaga,"nasihat MinHyuk. Betul juga katanya. Aku tak pernah mengambil cuti menenangkan perasaan. Aku hanya cuti bila hujung minggu. Itupun still lagi dengan kertas kerja.
"MinHyuk-ssi pun sama juga. Sama naik dengan saya bekerja. MinHyuk-ssi patut juga ambil cuti. Tenangkan fikiran,"balasku balik.
"Kalau macam tu, apa kata kita pergi sama-sama bercuti.Ok tak?,"seloroh MinHyuk.
"Isy, mana boleh! Saya nak cuti sorang-sorang je. Tak mau ramai-ramai,"balasku.
"Mana ada ramai. Saya dengan awak je pun,"balas MinHyuk. Aku hanya tergelak dengan kata-katanya. Yalah, mana mungkin setampan Kang MinHyuk mengajak aku seorang wanita biasa yang tiada apa-apa hanya berbekalkan pendidikan bercuti dengannya. Jauh sama sekali tidak dan tak perlu bermimpi sangat lah. Ramai lagi pekerjanya yang cantik dari aku.
"Kenapa diam? Saya tak main-main ni,"kata MinHyuk. Aku tergamam seketika.
"Eh, dah lewat ni MinHyuk-ssi. Saya kena pulang. Nanti tak ada transport pula saya nak balik. Saya minta diri dulu ya MinHyuk-ssi,"kataku lalu pergi. Belum sempat aku melangkah pergi, MinHyuk terus menarik tangan aku dan mata kami bertentangan. MinHyuk memandang tepat ke dalam mataku dan jarak antara muka kami sangat hampir. Jantung aku berdegup pantas dengan kejadian sebentar tadi. MinHyuk masih lagi tidak melepaskan tanganku. . .
"Maafkan saya,"kata MinHyuk serba salah. Aku terdiam membisu. terkejut dengan tindakan MinHyuk sebentar tadi. Aku tak pernah lalui saat-saat begitu tadi. Aku memandang sekeliling. Nasib baik semua orang dah tak ada. Kalau tak mesti kecoh satu pejabat esok.
"EunJi-ssi,boleh tunggu sebentar? Saya nak balik dengan awak sekali,"nyata MinHyuk. Aku tak membantah apa-apa. Aku hanya ikut arahan MinHyuk.
============================================
"EunJi-ssi, jom saya hantar awak balik,"MinHyuk menawarkan diri.
"Tak apalah MinHyuk-ssi. Saya senang balik dengan pengangkutan awam. Lagipun,saya tak nak menyusahkan MinHyuk-ssi. Saya minta diri dulu,"kataku lalu melangkah. Seraya itu,dengan pantasnya MinHyuk menggapai tanganku. Kenapa harus jadi begini? Kejadian tadi sudah cukup membuat aku terkejut. Sekarang pula MinHyuk masih lagi melakukan perkara sama. Aku tak menoleh ke arahnya takut kejadian tadi berulang.
"EunJi-ssi,saya ikhlas nak hantar awak. Bukan saya nak buat apa-apa pun. Awak tahu tak sekarang dah pukul 10.30 malam. Waktu macam ni bahaya perempuan balik sorang-sorang. Ramai orang jahat kat di luar sana,"jelas MinHyuk. Aku akur. Aku mengikut sahaja kata-kata MinHyuk. Benar juga waktu begini amat bahaya orang seperti aku berjalan berseorangan.
Suasana dalam kereta menjadi dingin dan hanya bertemankan lagu yang berkumandang
"Kenapa EunJi-ssi diam je dari tadi? Sebelum naik kereta tadi awak riang je. Saya ada buat salah dengan EunJi-ssi?,"akhirnya MinHyuk bersuara.
"Rasa penat je. Tak larat nak bercakap,"balasku pendek.
"Saya belanja awak makan kay,"katanya.
"Tak pe lah MinHyuk-ssi. Lain kali je la. Saya betul-betul letih ni. Rasa dah tak larat sangat ni,"kataku agak kasar.
"Okay,okay! EunJi-ssi tinggal kat mana?,"tanyanya lagi.
"Apartment Nam Song,"jawabku ringkas.
"Saya pun tinggal kat situ! Wah, kecil sungguh dunia ni. Tak sangka awak tinggal kat apartment tu jugak. Lega saya ada kawan. Lepas ni boleh la kita pergi kerja bersama-sama,"kata MinHyuk. Aku rasa hairan kenapa perangai MinHyuk berubah. Sebelum ni, tak pernah dia mesra dengan mana-mana perempuan di pejabat kecuali pembantu dia. Tak pernah dalam sejarah hidup dia menghantar perempuan sampai ke rumah. Apakah dia mabuk? Ke bumi ni dah terbalik. Pelik-pelik. . . .
======================================
"Apalah kau ni. Tolak tuah betul. Kalau aku, MinHyuk ajak aku, memang aku ikut je. Bila lagi kau nak rapat dengan dia. Kau pun sukakan dia dulu. Beruntunglah kau ye semalam dapat bersama-sama dengan MinHyuk. Jeles aku dibuatnya. Aku rasa dia suka kat kau la EunJi. Sebab kalau dia tak suka, mesti dia tak sanggup hantar kau balik. Mesti dia buat tak tahu je. Kau jangan lah cerewet sangat. Dah kira baik lah tu dia hantar kau. Tsskk. . .aku dah lama nak balik dengan dia. Tapi, tu lah. . . aigoo. . ,"bebel Bomi, teman baikku. Hanya dia aku berkongsi cerita suka dan duka.
"Dah habis bercakap? Kau ni Bomi mudah sangat buat kesimpulan yang bukan-bukan. Ntah-ntah semalam dapat projek mega kot sebab tu pelik sangat. Aku tak rasa dia macam tu,"balasku. Tidak lama kemudian, MinHyuk muncul di hadapan aku. Kekecohan telah berlaku bila MinHyuk singgah di tempat aku. Macam-macam desas-desus ada.
"Jung EunJi-ssi, hari ni kita balik sama-sama erk? Tunggu saya kat parkir, tepat pukul 5 petang. Ni kunci kereta saya. EunJi-ssi tolong jaga boleh tak?,"kata MinHyuk lalu pergi. "Lupa pulak, jangan lambat ya. Kalau lambat ada habuannya.Bye honey.Having good day,"tambah MinHyuk lagi. Aku mengetap bibir menahan marah. Dia ingat aku ni pembantu dia? Kerja aku banyak lagi. Dia ingat aku goyang kaki tiap-tiap hari macam pembantu peribadi dia. Ada yang memandang aku dengan senyuman gembira dan ada yang memandang tajam ke arahku. Memang aku dah agak ini akan jadi bila MinHyuk naik miang.
Betul juga kata Bomi. Bukan senang nak keluar dengan MinHyuk kalau bukan atas urusan kerja. Dia sangat terkenal dengan sikap kepala anginnya.
go to -----> part [2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan