. . . . "Huh. . . .",aku mengeluh menunggu Jong Hoon kembali. Taman ini terus sunyi. . .Tiada lagi gelak ketawa antara aku dan dia. Sepuluh tahun aku menunggunya. Dengar berita dia dah mati dalam nahas kapal terbang di Tokyo 10 tahun yang lalu. . . . Tapi,hati aku kuat mengatakan Jonghoon masih lagi hidup. Sedang asyik merenung pokok ceri yang
sudah membesar,tetiba aku nampak kelibat seseorang disebalik pokok itu. Lastas aku bangun menghampiri pokok tersebut. Belum sempat aku sampai,Seung Hyun datang menyergah aku dari belakang.
"Ji Eun! Apa yang awak buat tu??,"sergah Seung Hyun sambil ketawa.
"Opocot, Hyun!! Janganlah buat macam tu. Terkejut Ji Eun tau. Kalau Ji Eun pengsan nanti siapa yang nak angkat,"marahku.
"Song Seung Hyun kan ada,"jawabnya selamba dengan ketawa kecil melihat muka aku pucat kerana disergah tadi.
"Apa-apa je la Hyun oi!!,"balasku. . .
"Ji Eun, jom balik. Hari pun dah senja. Tak baik duk kat luar senja-senja macam ni. Lagipun, nanti bising la pulak si Jae Jin hyung kita balik lambat,"kata Seung Hyun. Aku dah masak dengan perangai
Jae Jin oppa. Kalau tak membebel satu hari memang tak lengkap hidup dia. Seung Hyun ni sepupu aku. Sejak kecil lagi kami bersama. Almaklumlah umur cuma jarak setahun je. Itulah hobi kami berdua. Habis je bekerja, Seung Hyun akan ambil aku dan pergi ke taman rehat milik kami sekeluarga. Taman tu, arwah mak dan ayah aku yang beli khas untuk putera-putera dan puterinya serta bakal cucu-cucunya bermain.hehe. . .(:
"Annyeonghaseyo,kami dah pulang!!", kata aku dan Seung Hyun serentak.
"Aigoo, kamu berdua ni pergi mana hah? Malam baru sampai rumah. Susah hati tau oppa Ji Eun buat macam ni. Lain kali. . . . . . .bla,bla,bla,bla. . .,"bebel Jae Jin oppa. Dia dah start tabiat dia.
"Hongki oppa ada? Jae Jin oppa masak apa hari ni??,"tanyaku supaya Jae Jin oppa berhenti bebel.
"Eh, kau ni Ji Eun suka sangat potong line bila aku bercakap. Hongki hyung dah lama keluar entah ke mana perginya. Tinggal aku dengan meow kau tu je. Ermm, aku masak nasi goreng je petang ni.,"jawab panjang lebar Jae Jin oppa.
"Hyung,kalau ye pun,bagilah kitaorang masuk dulu. Dari tadi lagi kami tercegat macam tiang bendera. Hyung tak kesian ke kat kitaorang.,"kata Seung Hyun akhirnya.
"Hehehe...lupala pulak. . . Err. . .masuk-masuk. . . pi mandi. . .masam je bau korang. Macam kambing gurun pun ada.,"sambung Jae Jin oppa.
"Oppa ni tak habis-habis dengan pot,pet,pot,pet dia.,"kataku perlahan. "What?,"dengar rupanya. Hehehe (:
"Errr. . .tak ada apa-apa."kataku lalu berlari masuk ke bilik.
Begitulah keluarga aku. Mak dan ayah aku dah 15 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Jadi, tinggallah aku dengan Hongki oppa, Jae Jin oppa, dan Seung Hyun. Seung Hyun pula dari umur 5 bulan lagi tinggal dengan kami. Mak dan ayah dia bercerai. Jadi tiada sesiapa yang nak jaga dia, arwah mak dan ayah kitaorang yang jaga dia. Kitaorang hidup pun atas dasar wang simpanan dan kedai butik arwah mak serta bantuan kerajaan.Kedai butik tu sekarang Jae Jin oppa yang ambil alih setelah sekian lama di jaga oleh Puan Taeyeon. Nasib baik ada jugak duit nak makan. Kalau tak dah lama mati kebulur.hehe...(: Hongki oppa pulak kerjaya dia seorang guru. Seung Hyun seorang interior designers. Manakala aku pulak,cerdik sikit daripada dorang..Juruaudit di sebuah syarikat hartanah.. . . .
Aku dalam dilema sebenarnya. Antara kasih Seung Hyun dan cinta terhadap orang yang telah lama pergi. Aku tahu Seung Hyun sayang aku tapi aku tak boleh menyayanginya kerana aku dah anggap dia macam oppa aku sendiri. Lagipun, hanya Jonghoon dihati aku. Namun, sebelum mata aku terpejam buat selama-lamanya, aku mahu melihat Jonghoon walau sesaat kerana aku akan pergi bila-bila masa sahaja. Hayat aku pun bukannya lama lagi. Tengah syok mengelamun,tetiba je suka hati jantung dia baling batu ke arah tingkap bilik aku. Nasib baik tak pecah. Kalau pecah kecoh la si Jae Jin oppa tu.
"Siapa pulak yang gatal tangan baling-baling batu. Ni bukannya zaman 50-an nak mengurat guna batu. Guna telefon la.....,"gerutu aku. Aku buka tingkap dengan seluasnya.
"Pssstt,pssstt."bunyi sesuatu dari luar pagar rumah. Aku pandang ke arah luar.
"Sape tu?,"tanyaku. Muncullah seorang lelaki. "MinHwan???Biar betik. Bukan ke dia berada di luar negara?,"getusku sendiri.
"Choi Min Hwan la. Kau tak kenal ke??,"separuh jerit Min Hwan.
"OMG!!! Chinchaaa???Arghhh!!!!,"jeritku kegirangan.
"Ji Eun!! Ji Eun!! Kenapa tu?? Ada apa-apa ke?,"jeritan Jae Jin oppa aku tak hiraukan. Aku terus melompat dan menjerit kegirangan. Tetiba sahaja pintu bilik aku dikuak dengan kuat. Tercegat Hongki oppa dan Jae Jin oppa di depan pintu. Aku terdiam.
"Ni apa hal jerit-jerit macam orang gila?,"tegur Hongki oppa."Err....tak ada apalah oppa..Tadi,dengar kat radio yang FT ISLAND dan CNBLUE nak buat konsert tak lama lagi."kelentongku.
"Tu je? Aigoo,apa nak jadi dengan adik kita ni taksub dengan FTISLAND dengan CNBLUE sampai macam tu sekali. Bukannya kau boleh kahwin dengan dorang pun. Kalau kau boleh kahwin dengan Jae Jin ke Yong Hwa ke Min Hyuk ke aku tak kisah. Berangan je la.."bebel Jae Jin oppa. Aku tahulah dia cemburu dengan Jae Jin FTISLAND sebab lebih cute dari dia.hahaha...(:
"Ah,oppa...boleh tak Ji Eun nak keluar sekejap. Tadi Sara telefon ajak keluar jalan-jalan.
"Sara??,"curiga Hongki oppa.
"Ala..oppa...boleh la...dah lama Ji Eun tak jalan-jalan. Boringla duk kat rumah hujung minggu."balasku.
"Bukan ke Sara keluar dengan Seung Hyun tadi? Kenapa nak ajak Ji Eun keluar pula??,"kata Hongki oppa. Aduihh!!! Kantoi aku..Lupa pula yang Sara ajak Seung Hyun keluar tadi.. Apa alasan nak bagi.
"Sara bagitau tadi Seung Hyun ada hal kejap jadi dia suruh Ji Eun temankan dia shopping."kelentongku lagi. Habisla kalau aku tertangkap nanti.
"Hyung, bagi je lah budak ni keluar. Lagipun menyemak duk kat rumah. Bukannya nak buat kerja. Landing atas katil je lebih."kata Jae Jin oppa. Aku tahu kalau dengan Jae Jin oppa mesti senang nak keluar. Jae Jin oppa sering manjakan aku. Apa yang aku nak dia bagi. Hongki oppa pulak loket orangnya.. Kedekut pun dia. Garang pun dia...hehe(:
"Minhwan-ah, bila awak balik?,"tanyaku.
"Seminggu yang lalu. Ji Eun tak rindu kat Minhwan ke?,"tanya Minhwan sambil gelak.
"Mau tak rindu kat Minhwan. Mestilah. Kalau tak mesti tak nak keluar dengan Minhwan.,"kataku ketawa kecil.
"Ni pun omma Minhwan tak ada kat rumah. Kalau tak payah nak jumpa Ji Eun."jelas Minhwan.
"Puan Yuri masih marah kat Ji Eun lagi erk??," tanyaku sedih.
"Entah la Ji Eun. Ji Eun sayang lagi tak kat Jonghoon hyung?,"tanya Minhwan. Aku terkejut dengan soalan tu.
"Sorry, tanya soalan macam tu kat Ji Eun.,"kata Minhwan bersalah.
"Eh,tak pe oppa.Ji Eun faham.,"kataku ringkas. Minhwan ni adik Jonghoon. Dia sangat baik. Dia selalu datang ke rumah aku untuk tolong kami sekeluarga tanpa pengetahuan ommanya.
10 tahun yang lalu....
Pang!!! Satu tamparan singgah di pipiku yang cantik ini. Air mata aku terus mengalir.
"Kau ni kenapa hah?? Susah ke nak faham bahasa?? Bukannya aku cakap bahasa Tamil pun. Aku cakap dah berapa kali jangan berhubung dengan Jonghoon. Sedar la diri tu nak kat Jonghon. Aku tak nak ulang banyak kali lagi kat kau. Ni adalah amaran terakhir!!!,"lantang suara Puan Yuri berkata.
"Ahjumma!! Ahjumma nak buat apa buat la. Tapi, jangan sesekali sentuh adik saya. Saya pun tak pernah lempang adik saya. Tapi, ahjumma berani tampar adik saya,"tengking Hongki oppa kepada Puan Yuri.
"Kamu adik-beradik...," "Sudah ahjumma!! Sudah!! Kitaorang tak pernah pun minta duit ahjumma satu sen pun. Bukannya adik kitaorang yang kejar anak ahjumma tapi, Jonghoon!! Jonghoon yang kacau Ji Eun. Ahjumma tak puas hati lagi dengan apa yang ahjumma ada?? Kitaorang tak pernah dan tak akan minta ahjumma jaga kitaorang. Kitaorang masih lagi boleh hidup. Sepatutnya, ahjumma jaga Jonghoon daripada berjumpa dengan Ji Eun. Dia yang datang. Bukan Ji Eun yang pergi. Sudahlah! Cukuplah hina kami. Kami tahu kami anak yatim piatu. Tapi kami juga ada perasaan!!,"kata Jae Jin oppa panjang lebar. Dari dulu lagi kalau dia marah pun, mesti banyak idea yang dia keluarkan untuk bertengkar. Jaejin,Jaejin!!!hew~~~
"Baliklah Jonghoon. Jangan datang lagi jumpa Ji Eun. Aku tak nak tengok adik aku sakit kerana kau. Kalau kau sayang dia, kau tinggalkan dia. Kau cakap kau tak nak dia sakit. Baliklah.. Dengar cakap omma kau.,"kata Hongki oppa teresak-esak. Sebab itulah aku sayang sangat kat oppa-oppa aku. Bila aku menangis, mereka juga turut menangis dan selalu melindungi aku.
"Hongki, Jaejin,mianhaeyo! Ji Eun,mianhaeyo!!,"kata Jonghoon perlahan lau pergi meninggalkan rumah kami. Aku masih lagi dalam dakapan Jae Jin oppa. Aku ingin sekali berlari mendapatkan Jonghoon semula tapi aku dihalang oleh Jae Jin oppa."Jonghoon! Jonghoon! Jonghoon!,"aku menyebut namanya perlahan.
"Sudahlah Ji Eun! Biarkan dia. Bukan dia sorang je lelaki atas muka bumi ni.,"nasihat Hongki oppa.
"Sabar ye sayang,"kata Jaejin oppa sambil mengusap rambutku.
Pada suatu hari, setelah tamat waktu sekolah, Jonghoon terus menarik aku menaiki motorsikal menuju ke taman yang selalu kami bermain bersama Hongki,Jaejin, Seughyun, Sara dan Minhwan.
"Jonghoon-ah!,"panggilku perlahan. "Yea!,"jawabnya.
"Kenapa awak bawa saya ke sini? Nanti kalau omma awak tahu, teruk saya kena. Kan Hongki oppa dah pesan aritu.,"kataku.
"Awak tak rindu saya ke? Awak dah benci saya ke?,"tanya Jonghoon
"Saya tak pernah benci awak sekalipun. Rindu? Saya selalu rindukan awak.,"jawabku.
"Ji Eun, ni benih pokok ceri. Kita tanam sama-sama erk! Kita jaga sama-sama. Kita siram tiap-tiap hari biar ia subur. Kalau dah berbuah, kita boleh makan. Kalau saya tak ada awak siram erk!!,"kata Jonghoon gembira.
"Awak nak pergi mana? Jangan tinggalkan saya.,"aku mula menangis.
"Awakkan dah ada oppa-oppa yang baik. Saya suka berkawan dengan oppa-oppa awak. Saya tak tinggal awak la. Saya pergi sekejap je. Saya dapat tawaran pertukaran pelajar Korea dengan pelajar Jepun. Awak tak dapat?,"jelas Jonghoon. Aku duduk termanggu.
"Kenapa ni?,"tanya Jonghoon. "Tahniah!!,"itu sahaja yang mampu aku ucapkan."Lee Ji Eun!! Kenapa ni? Awak tak dapat ke?tanyanya. Aku hanya menggeleng.
"Kenapa? Keputusan exam awak ok kan. Bukan ke pelajar yang dapat 3.0 ke atas dapat tawaran tu.,"Jonghoon ingin tahu.
"Saya tak ada duit nak pergi. Saya tolak tawaran tu sebenarnya. Saya orang susah. Lagipun, oppa-oppa saya masih lagi belajar."kataku.
"Takpelah Ji Eun. Mungkin kali ni bukan rezeki awak.. Nanti kalau ada duit, Ji Eun pergilah.,"nasihatnya. Sedang seronok bermain bersama Jonghoon, tetiba Puan Yuri datang menarik Jonghoon dan aku ditendangnya sampai jatuh ke dalam kolam. Sakit lol!!!
"Hyun, Ji Eun takut nak balik,"kataku.
"Ji Eun tak boleh nak takut. Tengok keadaan Ji Eun sekarang dah parah. Sekejap lagi Hongki hyung dan Jaejin hyung datang.,"kata Seung Hyun. Aku mendapat rawatan di hospital selama seminggu. Teruk jugak aku dapat tendangan free. Macam bola. Teruk jugak la aku dimarahi oleh Hongki oppa. Jonghoon pula tak berhenti-henti datang jumpa aku tapi aku dihalang oleh Hongki oppa. Setiap kali juga dia mengirimkan surat sebagai komunikasi sebab telefon dah dirampas oleh Jae Jin oppa. Di sekolah, aku dikawal ketat oleh Sara dan Seung Hyun. Namun begitu, mereka tak halang jika aku ingin menulis surat pada Jonghoon tapi, mereka cuma tak bagi berjumpa sahaja. Macam dah zaman 50,60-an pulak guna surat. Haisy!! Masa tu aku baru je berumur 15 tahun. Jonghoon dan Hongki 18 tahun dan Jae Jin 17 tahun.. Masa muda-muda macam-macam terjadi...
Setelah pemergian Jonghoon ke Jepun, aku masih lagi menerima tomahan daripada Puan Yuri. Aku dipersalahkan di atas kematian Jonghoo. Aku hanya mampu mengalirkan air mata sahaja. Aku tak mahu bertengkar dengan orang yang lebih tua. Setiap malam aku menangis teringatkan Jonghoon. Aku langsung tak diberi peluang untuk melihat pusara Jonghoon. MinHwan pula bila ditanya di mana pusara Jonghoon, dia hanya mendiamkan diri. Dari situ aku mula mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan oleh MinHwan. Begitu juga dengan oppa-oppa aku.
"Ji Eun, Ji Eun kena belajar bersungguh-sungguh tau. Kalau Ji Eun pandai, orang tak berani nak lawan Ji Eun. Walau Ji Eun nak cari kesahihan kematian Jonghoon pun, Ji Eun kena belajar sebab Ji Eun akan jumpa jawapannya,"nasihat Jae Jin oppa. Setiap malam aku terus menangis. Tiada siapa faham perasaan aku kecuali Seung Hyun. Setiap malam dia akan menemani aku sehingga aku lena dibuai mimpi.Sedang asyik berborak dengan MinHwan, tetiba sahaja ada seseorang menutup mataku. Aku kaget. Bila aku pegang tangan itu, aku cam tangan siapa. Cara yang aku rindu setiap kali dia datang. Hanya dia sahaja buat macam tu. Tiada orang lain. CHOI JONG HOON!!!! Aku berpaling ke arahnya. Adakah aku bermimpi? Dia tersenyum. Adakah aku dah mati?
"Ji Eun!!,"jerit Minhwan menghentikan lamunanku."Lee Ji Eun! Ni Jonghoon,"dia bersuara. Aku terkebil-kebil melihatnya. Tak percaya.
"Ji Eun, sebenarnya Jonghoon hyung tak mati pun. Dia terselamat dari nahas tu sebab jadual penerbangannya dibatalkan. Maafkan MinHwan. Ini semua idea MinHwan. MinHwan kesian tegok Ji Eun kena marah dengan omma kami. Pada hari tu, MinHwan bawa hyung pergi jauh dari bandar Seoul. Masa tu,omma Yuri pun tak tahu sebab masa hantar hyung,omma pergi kursus. Maafkan Minhwan sebab telah buat Ji Eun sedih."cerita Minhwan. Aku terduduk mendengar penjelasan Minhwan. Tak terkeluar kata-kata. Aku dah agak selama ni Jonghoon tak mati.
"Jadi, selama ni semua orang tahulah tentang Jonghoon? Kecuali Ji Eun je la,"tanyaku.
"Ya, Ji Eun. Sara pun tahu. Jonghoon mintak maaf sebab rahsiakan keadaan Jonghoon sebenarnya. Jonghoon tak nak Ji Eun sakit,"kata Jonghoon. Aku bangun lantas mendapatkan Jonghoon.
"I miss you oppa!!,"kataku. "I miss you too, Ji Eun!!,"balas Jonghoon.
Hubungan aku dan Jonghoon kembali erat dan tiada siapa pun yang tahu kecuali Sara dan Minhwan. Rupanya dah setahun dia kembali ke Seoul. Aku tak perasan yang selama ini dia bekerja di syarikat yang sama dengan aku. Sudah setahun juga dia telah mengintai aku secara diam-diam dekat taman yang aku selalu kunjungi bersama Seung Hyun. Namun sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua. Hubungan aku dengan Jonghoon telah diketahui oleh Hongki oppa. Teruk juga aku dimarahinya. Tapi,itu bukan kisah sangat. Aku cuma kena marah sahaja. Tetapi, suatu kejadian yang telah merubah segala-galanya. Menyesal pun tak ada gunanya."Ji Eun!! Lee Ji Eun!!Keluar kau sekarang!,"jerit Puan Yuri.
"Jae Jin oppa! Macam mana ni? Ji Eun takut.,"kataku.
"Dah tu, siapa suruh jumpa Jonghoon. Apapun Ji Eun keluar. Jumpa dengan Puan Yuri.,"balas Jae Jin oppa.
Dah nama lagi cari penyakit. Terimalah seadanya. Memang aku dapat penyakit free pagi tu. Aku bertengkar dengan Puan Yuri. tahap kesabaran aku dah tamat. 10 tahun aku bersabar dan hari itu gunung berapi meletus. Tapi salah time pulak. Puan Yuri telah menolak aku. Tanpa aku sedari aku kini sudah di atas jalan raya. Memang malang tak berbau. Kalau dapat hidu kan senang. Dan memang ajal aku di situ. Aku nak buat apa lagi. Aku sengih je la. Aku redha."Ji Eun!!,"tu sahaja yang aku dengar kali terakhir. Tapi tak tahu siapa yang jerit tu.
Di hospital. . . . .
Jonghoon terus berada di sisi Ji Eun. Begitu juga dengan Hongki, Jaejin, Seunghyun, Minhwan dan Sara. Tapi bagi Seung Hyun, keadaan ini telah membuatkan dia cemburu dengan Jonghoon. Dia ingin bersama Ji Eun pada saat-saat ini. Dia hanya menahan sebak melihat keadaan Ji Eun yang penuh dengan wayar-wayar dan pernafasan Ji Eun tidak stabil.
"Siapa di sini waris Lee Ji Eun?,"tanya doktor.
"Kenapa doktor?,"tanya Seung Hyun.
"Sila ikut saya ke bilik,"jawab doktor. Jae Jin, Hongki dan Seung Hyun keluar mengikut doktor.
"Sabarlah ye hyung. Banyak-banyaklah berdoa agar Ji Eun sedar.,"kata Minhwan lalu keluar dari bilik bersama Sara.
Hongki, Jaejin dan Seunghyun kelihatan sugul selepas mendengar penjelasan doktor tadi.
"Hongki, Jaejin, apa yang doktor cakapkan tadi?,"tanya Jonghoon setelah keluar dari bilik.
"Sabarlah Jonghoon. Kalau umur dia panjang, dia akan sedar,"kata Seung Hyun lalu pergi. Rupanya mereka berdua ni musuh. Sebab tu mereka tak pernah bercakap sekalipun. Ni lah kali pertama Seung Hyun tegur Jonghoon. Biasalah. . . masalah lelaki. . .
"Apa ni Hongki? Apa yang berlaku sebenarnya?,"tanya Jonghoon cemas.
"Susah aku nak bagitau Jonghoon. Sebenarnya Ji Eun mengalami pendarahan di otak akibat hentaman kuat di kepala."jelas Hongki
"Jadi,tak boleh buat operation ke? Kos operation tinggi ke? Kalau pasal kos aku sanggup bayar demi Ji Eun."kata Jonghoon lagi.
"Jonghoon, kalau pasal kos, kitaorang pun boleh bayar la. Tak perlu susahkan kau. Kitaorang dalam dilema. Ia melibatkan nyawa Ji Eun. Doktor cakap risiko operation tu amat tinggi. Kemungkinan akan menyebabkan kematian. Kalau berjaya, kemungkinan besar juga Ji Eun akan hilang ingatan buat selama-lamanya,"kata Hongki lagi.
"Belum cuba belum tahu lagi kan. Korang nak dia mati ke?,"balas Jonghoon.
"Agak-agak la soalan tu. Dialah harapan kitaorang semua. Kanser otak dia dah sampai tahap kritikal. Doktor akan berusaha sedaya upaya menyelamatkan dia. Kita tengok keadaan dia macam mana. Kalau masih tak stabil, doktor tak boleh nak lakukan operation,"kata Jae Jin.
"Kanser otak? Sejak bila lagi?,"tanya Jonghoon terkejut.
"Lebih kurang dah 3 tahun dia menghidapi penyakit ni. Kitaorang pada mulanya tak percaya. Tapi, bila teringat balik Ji Eun selalu mengadu sakit kepala dan kadang-kadang demam sampai berhari-hari dan kadang-kadang dia tak dapat rasa barang yang dia pegang. Doktor cakap lagi, berdasarkan rekod di hospital, Ji Eun dah tahu dia menghidapi penyakit ini. Tapi, kami tak tahu kenapa dia sembunyikan daripada kami,"jelas Jae Jin lagi.
"Ji Eun, kenapa Ji Eun rahsiakan penyakit Ji Eun? Kalau Ji Eun tak rahsiakan, mungkin tak akan jadi macam ni. Ji Eun, Jonghoon minta maaf sebab selama ini buat Ji Eun menangis menanti Jonghoon. Jonghoon nak sangat jumpa Ji Eun tapi omma halang Jonghoon. Ji Eun, Jonghoon tak pernah lupakan Ji Eun walau sesaat,"berderai air mata Jonghoon. Sudah 3 hari Ji Eun koma. Entah bila akan sedar.
Kadang-kadang, denyutan jantungnya membuatkan semua orang cemas. Setiap kali adanya Jonghoon dan Seunghyun disisinya air matanya mengalir laju. Namun, dia tak mampu membuka matanya untuk melihat.
Dush!!! Satu tumbukan singgah di muka Jonghoon.
"Kau pehal hah? Apa yang kau tak puas hati dengan aku lagi?,"jerit Jonghoon. "Banyak yang aku tak puas hati dengan kau!! Sebelum Ji Eun kenal kau, dia tak pernah macam ni. Hidup dia tak pernah susah. Kau yang buat dia tinggalkan aku!!,"balas Seung Hyun.
"Itu bukan masalah aku! Kau yang tak pandai jaga dia! Kau selalu sakitkan hati dia! Pernah tak kau ambil tahu perasaan dia selama ni! Dia sayang kau tapi kau sibuk dengan orang lain!,"balas Jonghoon lagi. "Tapi ia berpunca daripada kau!! Kau ingat aku tak tahu siapa kau!! Siapa mak kau!! Mak kau dah hancurkan keluarga aku!! Kalau tak disebabkan mak kau, aku masih lagi ada mak dan ayah aku!! Sepupu-sepupu aku mungkin tak akan hidup susah macam tu sekali dan tak akan derita kerana mak kau!!,"balas Seunghyun sekali lagi. . . .
"Sudah!!! Apa nak jadi dengan korang berdua!! Asal jumpa je bertengkar, asal jumpa je bertengkar!! Kenapa? Tak ada kerja lain ke selain bertengkar!! Sampai bila korang nak bertengkar!! Hal mak ayah pun jadi masalah,"marah Jae Jin.
"Hyun, kenapa ni?,"tegur Sara menghentikan lamunan Seung Hyun.
"Eh, Sara rupanya! Bila sampai?,"tanya Seunghyun.
"Dah lama. Hyun je tak perasan. Asyik termenung je. Sara kat sini pun Hyun tak nampak. Kenapa muram je?,"kata Sara.
"Entah lah Sara. Hyun rasa serba salah nak berhadapan dengan Jonghoon hyung. Hyun salah menilai Jonghoon. Selama ni, kitaorang bermusuh. Tak pernah pun bercakap,"jelas Seunghyun.
"Hyun pergila jumpa dia. Minta maaf dengan Jonghoon oppa. Sampai bila Hyun dengan Jonghoon oppa nak macam tu. Balik-balik Jonghoon tu tetap keluarga Hyun. Walaupun dia bukan sepupu, tapi dia juga waris awak,"nasihat Sara.
"Jonghoon hyung-nim, aku nak minta maaf sebab selama ni aku salah faham dengan hyung,"tegur Seung Hyun.
"Seunghyun, aku dah lama maafkan kau. Aku tak pendam apa-apa pun. Apa yang kau cakap dulu tu semuanya benar. Aku sepatutnya minta maaf pada kau. Aku sebenarnya malu berhadapan dengan kau kerana perbuatan omma aku. Aku tak tahu macam mana nak tebus kesalahan keluarga aku terhadap kau dan juga keluarga Ji Eun. Jadi, dengan rapat dengan keluarganya dan menyayanginya aku rasa itu sahaja mampu aku tebus pada mereka dan kau,"kata Jonghoon sambil menangis.
"Sepatutnya aku tak boleh salahkan kau. Sebab kau tak tahu apa-apa. Tapi aku terlalu tertekan bila melihat Ji Eun terseksa dengan tindakan kejam Puan Yuri. Maafkan aku ya,"kata Seunghyun lagi. Mereka berdua akhirnya berdamai. Setelah 5 tahun bermusuh sesama keluarga sendiri.
"Jonghoon!! Seunghyun!! Cepat!! Ji Eun dah sedar!!,"jerit Hongki. Mereka berdua terus berlari masuk ke dalam bilik Ji Eun. Memang Ji Eun sedar tapi, keadaan dia akan membuatkan semua orang akan sedih. Dia tak boleh bercakap dan juga bergerak. Dia hanya mampu mendengar dan melihat. Barah yang dia hidapi kini telah menyerang 90% saraf dalam badannya.
"Ji Eun-ah, ni Jae Jin oppa. Oppa rindu nak dengar suara manja Ji Eun.
Ji Eun,oppa rindu nak bermain dengan Ji Eun yang comel. Oppa rindu nak
masak makanan sedap-sedap kat Ji Eun. Oppa rindu nak main rambut Ji Eun. Ji Eun, oppa kini kesunyian.
Tak ada orang nak temankan oppa bila Hongki oppa dan Seunghyun keluar. Oppa rindukan Ji Eun,"tutur
Jae Jin.
Setelah giliran Jae Jin masuk melihat Ji Eun, Hongki pula yang masuk. Begitulah seterusnya kerana Ji Eun masih lagi berada di dalam bilik unit rawatan rapi. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk melihatnya. Hari tu, Jonghoon setia menemani Ji Eun. Tidak berganjak langsung. Seunghyun yang melihat hanya mampu tersenyum.
"Ji Eun, Jonghoon akan sentiasa ada disisi Ji Eun. Jonghoon tak akan pergi dari sini. Jonghoon akan tunggu Ji Eun sampai keluar hospital.
Comel la Ji Eun. Jangan tinggalkan Jonghoon ya. Ji Eun kena kuatkan semangat. Jonghoon tahu, Ji Eun seornag yang tabah. Kalau tak, takkan Ji Eun sabar tunggu Jonghoon. Sampai hasrat Ji Eun tertunai akhirnya. MinHwan cakap dia nak sangat Ji Eun jadi kakak ipar dia. Terukkan Minhwan? Sesuka hati dia je request kakak ipar kat Jonghoon. Ji Eun, saya ngantukla. Saya nak tidur kat tepi Ji Eun la. Boleh? Takpe tak ada bantal. Saya lena tidur bila tengok wajah awak yang comel,"tutur panjang Jonghoon. Bila dia lelap pun tak tahu. Tahu-tahu, dah berdengkur. Haisy!!
Hujan yang turun lebat pada malam tu telah mendinginkan keadaan di hospital. Namun itulah tandanya, Ji Eun akan pergi buat selama-lamanya. Akhirnya, impian dia untuk melihat Jonghoon sebelum matanya tertutup buat selamanya tercapai. Malam itu, dia pergi dengan tenangnya. Dia harus pergi. Kalau dia terus hidup, dia terus terseksa dengan orang yang tiada perasaan belas kasihan."Hongki, Jaejin, Hyun, Ji Eun dah tak ada,"menangis Jonghoon teresak-esak.
"Sabarlah, Jonghoon. Takdir dia harus pergi. Kita harus menerimanya. Walau kita sayang dia. Tapi, ada yang lebih menyayanginya. Ada hikmahnya. Dah lama dia terseksa. Dia perlu rehat. Dia penat."kata Jaejin.
"Maaf kalau Sara ganggu! Ni ada surat daripada Ji Eun. Dia pesan kat Sara supaya bagi kat oppa semua bila dia dah tak ada nanti."kata Sara.
"Surat? Bila dia tulis? Kenapa baru sekarang bagi?,"tanya Seunghyun.
"Dia tulis malam sebelum dia kena langgar. Malam tu kan dia balik lewat. Dia pergi jumpa Sara. Sara minta maaf sebab hari ni baru bagi. Sebab surat tu hilang masa Ji Eun bagi kat Sara. Hari ni baru jumpa. Sara betul-betul minta maaf pada oppa semua. Selama ni Sara tahu penyakit dia. Tapi, Ji Eun marah kat Sara bila Sara cakap nak bagitau kat oppa semua. Sara pernah gaduh pasal ni. Sara minta maaf ya,"cerita Sara. Seunghyun terus membuka surat lalu membaca isi kandungan surat tersebut.
Annyeonghaseyo Hongki oppa,Jaejin oppa, Seunghyun, Jonghoon oppa, Minhwan oppa dan Sara. Saya Lee Ji Eun nak ucapkan terima kasih kepada semua sebab selama ni sudi menjadi sebahagian hidup Ji Eun. Ji Eun rasa Ji Eun dah tak lama lagi untuk hidup. Korang telah melengkapkan misi dalam hidup Ji Eun. Kini, telah tiba Ji Eun selesaikan misi terakhir Ji Eun. Buat Hongki oppa, gamsahabnida! Sebab oppa, Ji Eun dapat belajar kat universiti. dapat kerja baik. Saranghae oppa! Jaejin oppa!!! Ji Eun suka masakan oppa. Oppa masak sedap sampai gemuk Ji Eun jadinya. Pening bila dengar oppa membebel. Tapi suara oppa sedap bila membebel. Oppa sama cute dengan Jaejin FT ISLAND.keke~~ Ji Eun memang tak leh kawen dengan dorang sebab hati Ji Eun kat oppa jew..Terima kasih kat oppa juga. Sebab, kalau tak ada oppa, tak adalah elaun bulanan Ji Eun. Hongki oppa kedekut!! Tangkai jering!hehe... Seunghyun!! You're my namja chingu forever. Tapi, namja chingu dalam mimpi sebab Sara sayang Hyun. Sara cakap Hyun cute sangat. Jaga Sara baik-baik k.. Thanks sebab selalu faham perasaan Ji Eun. Sayang Hyun!! My namja chingu!! Jonghoon oppa. Maaf tak dapat bersama dengan awak selama-lamanya. Saya fikir saya akan temui awak di syurga tapi saya pergi dulu dari awak. Jangan gaduh-gaduh dengan Seunghyun lagi. Thanks teman saya hari tu.. Setiap saat indah dengan awak tak akan saya lupakan. MinHwan-ah...u're so cute.... Jaga diri baik-baik. Jaga hyung kamu dengan baik-baik. Suruh dia makan tau sebab dia dah macam tengkorak dah. Tak ada isi langsung. Jaga omma k.. Sara, saya harap awak dapat ganti saya dalam hidup Seunghyun dan juga oppa saya yang lain. Mereka dah kenal awak dari kecil lagi. Lagipun, awak kan tak ada sape-sape kecuali mak dan ayah je. Amikla oppa saya... Saya tak kisah pun. Ji Eun nak minta maaf kat semua jika selama ni Ji Eun ada buat salah. Maafkan Ji Eun kerana menyembunyikan rahsia ni. Sebab Ji Eun tak mampu hadapi korang semua bila korang tahu. Pastinya korang akan sedih. Biarlah Ji Eun tanggung sendiri. Ji Eun sangat sedih bila melihat oppa semua bekerja semata-mata nak bagi kemewahan hidup untuk Ji Eun. Terutama Jaejin oppa sanggup gadaikan tidur malam untuk jaga Ji Eun bila Ji eun sakit dan sanggup gadaikan pelajaran demi Ji Eun. Mungkin, Ji Eun dapat bertemu omma dan appa di sana.
-Sekian-
Aku rela menunggumu hingga akhir hayat ku...
Walau apa pun terjadi, aku tetap tunggu....
Aku mahu melihatmu walau sekejap sahaja....
Walau kau hadir hanya seketika,ia cukup membahagiakan ku...
Kerana hatiku masih padamu...
Tidak terpadam lagi sehingga kini....
Setelah aku melihatmu bahagia dengan yang lain..
Barulah aku padamkan ia kerana kau bukan milik aku lagi.....(:
akhirnya siap juga...setelah 5 hari 5 malam menaip cerita ini...ini adalah cubaan pertama..harapnya terhiburlah..maafla sebab guna nama korea..sebab tengah gile2 korea sekarang(:
BalasPadamperhhhh......
BalasPadamletih ak membaca....
cam real lak kau niey...
kau penat membaca...ak pnt memikirkan jln cerita...last2,xbest...ak nk buat dlm bntk part...tp xtau apa ak nk mengarut..ni pun h melalut lebih..(:
Padamkau shortkan cite 2 bleh x???agagagaga...